Wednesday 30 November 2011

BUSY.... :(

huh..weekend cuti 3 hari pastu daku sambung lg smpai selasa...4 hari coti...busy sbb family aku dtg berkunjung...walaupun penat tp best..dpt jln puas2..mkn sama2..borak sama2...dorang dah pun blk pagi td...sampai umah kang mesti aku terasa2 kesunyian tue...nak2 kat anak buah aku...die terlalu rapat ngn hubby aku..tak boleh gerak skit mesti nak ikut....

pagi td termuntah sikit...kesan ubat metformin kot sbb semlm mkn ubat tu bila dah mlm...bukan lepas mkn berat pun..doc zamri ada ckp mungkin akan jadi mual or muntah...ubat tu ada skit lagi utk dihabiskan...so far aku blum mengelat mkn ubat lagi...nak anak punya pasai...telan jer...

air buah zuriat dah beberapa hari tak minum sbb bz sgt...hmmmm...keje kat office??jgn ckp lah...ni mmg kene bw blk umah lar jwbnya...mulutku nie terasa2 nak mkn tomyam pedas...ikan stim asam thai...kerabu mangga...perghhh...bestnye...ada 1 restoran kat puncak jalil...aku suka mkn kat situ sbb best..

byk plak melalut nie.....nak sambung wat keje nie....sok dah kene submit....student nak exam next week...


nota kaki:
thanks mr hubby sbb tak penah jemu melayan family aku yg mcm2 kerenah...
luv u so much.....

Saturday 26 November 2011

amik darah..

Now kat DEMC nak amik darah..xjumpa pun doc zamri..tujuan amik darah just utk nak tgk samada telur pecah dgn jaya nya atau sebaliknya..harap2 semua akan ok..

Ishk..dalam hati ni aku bedebar sbb nk amik darah..kene cucuk lg..adeh..


Nota kaki:

Minggu ni hepi skit sbb parents,anak buah,abg n wife ada dtg kt umah aku..pas amik darah ni kitaorg nk pegi zoo..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday 25 November 2011

tahun baru....

ahad nie kita umat islam dah pun menyambut tahun baru....bermula kehidupan yg baru di tahun baru nie..
doa akhir tahun dibaca 3 kali pada penghujung waktu asar (sabtu), sebelum masuk waktu maghrib



doa-akhir-tahun

doa awal tahun plak dibaca 3 kali selepas solat maghrib..

doa-awal-tahun

nota kaki:
"Ya Allah,dgn kehadiran tahun baru ini kau makbulkan lah doa2 kami yg mengharapkan zuriat...murahkan lah rezeki kami...kau berikan lah kami peluang utk merasai saat2 sebagai ibu...kami redha dgn ketentuanMu Ya Allah..Kau kuatkan hati kami utk terus tabah menghadapi dugaanMu...Jika rezeki itu masih ada dibumi, kau keluarkan lah...Ya Allah, aku sujud pada Mu...makbulkan doa2 kami"
amin ya rabbal alamin...

ENDOMETRIOSIS


Aku percaya ade gak geng TTC aku nie ada yg menghidap penyakit ni..ni pun salah satu penyebab kita lambat dpt anak..walaupun aku bukan tergolong yg ada penyakit ni tp aku just share info ngn korang semua…sedikit sebyk kita dpt berkongsi ilmu n pengetahuan…


ENDOMETRIOSIS
Endometriosis adalah satu penyakit yang menyakitkan. Ia boleh mengganggu tahap kesuburan
anda. Dalam endometriosis, tisu endometrium yang sepatutnya berada dalam rahim tumbuh
diluar rahim. Sel endometriosis melekat pada tisu diluar uterus dan ini dipanggil implan endometriosis. Implan ini banyak dijumpai di ovari, tiub Fallopio, diluar uterus atau usus dan juga diatas garisan kaviti pelvik. Ia juga boleh didapati di dalam kawasan vagina, servik dan pundi kencing, parut bekas bersalin atau parut bekas pembedahan lain.
Endometriosis adalah penyakit yang banyak direkodkan dalam perubatan sakit puan. Ia
mencatatkan 15-30% masalah kesuburan kepada wanita. Para saintis belum mengetahui bagaimana tisu-tisu ini boleh tumbuh di tempat yang luarbiasa. Namun terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini. Diantaranya ialah kemungkinan darah kotor melimpah ke belakang rahim melalui tiub Fallopio. Biasanya ia berlaku apabila kedudukan rahim kurang biasa iaitu jatuh ke belakang iaitu ke arah
tulang tongking. Para saintis tidak mengetahui dengan tepat bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

Teori lain pula mengatakan bahawa sistem imun badan wanita itu sendiri lemah. Oleh sebab itu
tisu-tisu yang keluar dari tubuhnya kini menyerang badannya sendiri. Dan apabila tisu ini mula
melekat pada bahagian lain dalam tubuh, ia mula membesar.
Tisu endometrium di luar rahim ini juga akan mengeluarkan darah ketika pusingan haid berlaku.
Jika keadaan ini berlaku di dalam ovari (telur), lama-kelamaan darah akan berkumpul dan ini
boleh menyebabkan ovarian cyst.

Gejala-gejala endometriosis
Tidak kira di mana sekalipun kawasan tisu ini tumbuh, ia akan mirip lapisan uterus kerana setiap
bulan ia akan mengeluarkan darah ketika kitar haid berlaku. Jika darah haid, ia boleh dikeluarkan melalui vagina tetapi darah dari tisu endometriosis ini tidak akan dapat dibuang. Maka ia akan menyebabkan tisu parut dan sakit di kawasan tersebut. Gejala-gejala yang biasa di alami oleh pesakit endometriosis ialah:
·         Inflamasi
·         Sakit ketika haid
·         Haid yang banyak
·         Ketulan darah yang besar
·         Ovarian cyst
·         Sakit ketika buang air besar
·         Darah tompok-tompok sebelum haid
·         Pendarahan yang luar biasa
·         Ketidaksuburan
·         Senggugut yang teruk di akhir-akhir haid
·         Sakit di bahagian bawah pinggang
·         Sakit ketika bersama pasangan.

Bagaimana endometriosis menyebabkan ketidaksuburan?
Ketidaksuburan berlaku apabila endometriosis menghalang tiub Fallopio. Endometriosis ini
menyebabkan inflamasi dan bilangan makrofaj yang banyak yang mana ia boleh memusnahkan
sperma dan juga mengganggu implantasi.
Makrofaj menghasilkan bahan kimia (sitokin) yang toksik kepada sperma dan embryo. Selain itu, inflamasi juga boleh menyebabkan tahap prostaglandin yang tinggi. Prostaglandin boleh
menjadikan tiub Fallopio mengecut dan mudah tersumbat. Implan endometrium di kawasan kaviti pelvik mempunyai kelenjar yang merembeskan mukus. Jika ia mengimplan berhampiran tiub Fallopio atau ovari, mukus boleh menghalang tiub Fallopio.
Ovulasi sukar atau tidak akan berlaku. Dan sekiranya ia berlaku, progesteron mungkin tidak
mencukupi untuk menyokong implantasi. Risiko kehamilan luar rahim juga tinggi dalam
kalangan wanita yang mengalami endometriosis. Dalam wanita endometriosis, antibodi anti endometrium adalah penyebab kepada keguguran dan masalah implantasi. Ini kerana sistem imun badan kita telah disetkan untuk melawan sel-sel tertentu, virus dan bakteria. Apabila endometrium mengimplan di kawasan-kawasan tertentu dalam badan, sistem imun akan
menyerang dan menyebabkan inflamasi. Ini bermakna endometrum dalam rahim juga diserang
menyebabkan implantasi sukar berlaku.

Ujian untuk endometriosis
Laparoscopi biasa digunakan untuk mengesahkan penyakit endometriosis.
Rawatan semulajadi untuk endometriosis
Rawatan semulajadi untuk endometriosis melibatkan diet, detoksifikasi, keseimbangan hormon, pengurangan inflamasi, penyelesaian autoimun dan hipotiroid, pengambilan suplemen dansenaman. Endometriosis dilihat sebagai keadaan yang bergantung kepada estrogen. Saiz implant endometrium dilihat semakin berkurang apabila hormon estrogen kembali ke tahap normal atau semakin berkurang. Perkara paling utama dalam rawatan ini ialah dengan memperbetulkan diet. Anda perlu memaksimakan pengambilan nutrien dan fiber supaya estrogen yang berlebihan dapat disingkirkan, vitamin, mineral dan makronutrien untuk mengoptimakan penghasilan progesterone dan juga nutrien untuk mengurangkan inflamasi dan sakit. Hati anda memetabolismakan hormon termasuk estrogen. Jika hati anda tidak dapat berfungsi secara optima, hormon tidak akan dapat disingkirkan sepertimana ia perlu disingkirkan.

Hati merupakan organ yang kedua terbesar selepas kulit. Ia terlibat dalam berjuta proses bahan
kimia dalam badan dan ia juga sangat penting dalam kesuburan.
Hampir semua bahan yang anda makan perlu melalui hati sebelum memasuki sistem peredaran
darah. Kopi, alkohol, pil dan juga ubat-ubat lain menyebabkan hati anda menerima beban yang
berat dan mereka memerlukan jumlah nutrien yang banyak untuk membawa bahan-bahan ini
keluar dari badan.
Sepertimana yang saya jelaskan di atas, sistem imun mempunyai peranan dalam endometriosis.
Maka anda perlu memastikan sistem imun anda dapat befungsi dengan baik.
Sistem imun anda bermula dari usus. Anda perlu mengamalkan diet yang sihat agar usus anda
berada dalam keadaan yang baik. Amalkan pengambilan probiotik kerana probiotik baik untuk
usus anda.
Anda juga perlu mengelakkan makanan yang anda elergik selama paling kurang tiga bulan
supaya sistem imun anda dapat berehat dan akan hanya mengenal patogen yang berbahaya dan
juga sel yang tumbuh secara luar biasa.

Diet
makan makanan yang ditanam secara organik. Racun serangga dan racun rumput yang
dijumpai dalam makanan bukan organik boleh menyebabkan gangguan kepada sistem
endokrin dan juga boleh menyerupai estrogen.
makan makanan yang pahit untuk membantu penyingkiran estrogen melalui hati.
Contohnya anggur, lemon, limau nipis. Anda juga boleh meminum teh dandelion atau teh
St’s Mary.
Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anda allergik dan amalkan pengambilan
suplemen untuk sistem imun seperti vitamin C, vitamin E, betacarotene, zinc, selenium
dan probiotik.
Kurangkan pengambilan makanan yang bersumberkan haiwan kerana ia mengandungi
jumlah hormon, racun serangga dan racun rumput yang tinggi. Contohnya seperti ayam,
daging dan susu.
Tingkatkan pengambilan fiber untuk membantu penyingkiran estrogen yang berlebihan
dari usus.
Elakkan meminum kopi, alkohol, minuman berkarbonat, gula dan jus yang mengandungi
gula.

Gaya hidup
Anda perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang dibungkus dengan plastik,
meminum air terus dari dalam botol, makan dengan memakai sarung tangan pembedahan,
ataupun menyentuh cat warna dengan menggunakan tangan. Ini kerana plastik dan cat ini
mengandungi phthalate dan PVC yang merupakan pemusnah endokrin dan bertindak
seperti estrogen dan ini ada kaitan dengan asma, gangguan pembesaran kepada bayi
dalam kandungan, kecacatan kelahiran, gangguan fungsi imun badan, endometriosis dan
ketidaksuburan.
Lakukan senaman secara berkala untuk meningkatkan aliran darah, toksin dan
pembuangan bahan kumuh. Senaman juga membantu sistem metabolism anda dan ianya
baik untuk fungsi sistem endokrin dan imun sistem. Lakukan senaman ringan dan
elakkan senaman ketika haid. Anda juga boleh melakukan yoga kerana yoga sangat baik
untuk kesihatan.
Pastikan anda menggunakan ‘pad’ organic ketika period.
Anda perlu mengelakkan diri dari terdedah kepada racun serangga perosak dan apa jua
jenis racun. Terdapat kajian yang menunjukkan pendedahan kepada hidrokarbon
berklorin boleh meningkatkan risiko keguguran dan endometriosis.
Endometriosis paling kerap berlaku dalam wanita yang kerap melakukan seks. Maka,
anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan yoga, meditasi, senaman pernafasan,
tidur selama 8jam, senaman secara berkala, minum teh chamomile, lavender dan lemon
balm.
Lakukan akupuntur dengan doktor yang bertauliah.
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan Candida, rawat ia terlebih dahulu.

Suplement
Omega 3: pastikan ia telah diuji tidak mengandungi merkuri dan stabil dengan vitamin E.
Ianya penting untuk mengurangkan sakit, menyeimbangkan hormon dan mengurangkan
inflamasi.
Vitamin E: untuk membaiki tisu dan parut, mengurangkan inflamasi dan meningkatkan
fungsi sistem imun.
Vitamin c: tingkatkan dos secara perlahan-lahan supaya usus anda dapat bertoleransi
dengan dos yang diberikan. Ia diperlukan untuk memperbaiki tisu dan sistem imun, untuk
menyihat dan melindungi telur.
Beta carotene: untuk perbaiki tisu.
Bawang putih: untuk menghalang inflamasi dan ketidakhadaman.
Zat besi: penting untuk detoksifikasi, pembaikan tisu, sistem imun, keseimbangan
hormon.
Selenium: untuk sistem imun, keseimbangan hormon dan melindungi fungsi tiroid.
Manganese: untuk membuang estrogen yang berlebihan
Probiotik: untuk sistem imun.
Iodine: untuk fungsi tiroid yang sihat.

Herba
Kunyit: untuk mengurangkan inflamasi
Peony dan cramp bark: untuk mengurangkan rasa sakit.
Vitex dan Dong Quai: membuang estrogen yang berlebihan
Halia dan lada merah: baik untuk kawasan pelvic dan mengurangkan ketidakselesaan di
kawasan pelvic
St. Mary’s Thistle dan Dandelion: menyokong fungsi hati dan detoksifikasi

Wednesday 23 November 2011

merintih dgn perasaan sendiri.....

pagi2 sampai jer ofis g capai galaxy tab tgk FB...skang aku dah jadi silent reader kat fb...cam dah malas nak update status lar,check in lar upoad gambar lar...kadang2 jelah aku nyampuk komen kwn2 fb aku...
Nape aku tak aktif fb dah???hmmm...byk gak sebab....dalam fb gak byk menda yg wat aku terasa hati...menyampah...meluat...sakit hati....jeles ke aku???of cos lar tak...

First aku menyampah bila byk sgt entry 'check in' seme nie...mcm menda tu sebagai report..kadang tu sampai lalu flyover pun nak check in,pegi isi minyak,tgh cari parking...hello???perlu ker ko nak hupdate mende seme tue bagai...mmg memenuhkan wall aku jerk!

Second,bila baca status org yg tgh preggy...tgh rase tendangan baby lar,teringin mkn itu ini lar,skang dah week sekian2 lar,takut nak beranak lar,scan baby lar,baby dlm perut tembam lar dan mcm2 lagi...aku jeles?? mmg terasa sedikit jeles tp bila bace status yg sebegitu membuatkan aku sakit hati and kadang2 sedikit menyampah...dah tak tgk sekeliling org2 yg mcm aku yg tgh TTC skang nie...emo sgt aku bila ckp psl benda cam nih..tu aku tak cite lg pasal SIL aku..nnt aku wat entry psl die..sbb nak citer psl dia nie mmg panjang luahan perasaan aku...ketidakpuasan hatian aku kat dia mmg ternyata masih ada dlm hati nie..terbuku jer rasa...

bila hubby tgk fb aku,ishk byk tul org meniaga kat fb awk nie..heeeee...aku mmg suke shoping online..skang nie aku suke sgt bace fb Senang Hamil..byk info kat situ..selain dia suruh beli product dia tu,tp info yg die bagi pun bagus sebagai pengetahuan kita...korang nnt bleh lar like page Senang Hamil..(rase cam nak beli gak product dia tue...sbb bgs yg ada PCOS mcm aku nie...tgk lar nnt)


Tuesday 22 November 2011

METFORMIN

ari ni aku just nak share psl ubat Metformin..seperti entry aku yg lepas,skang ni aku tgh dlm proses menghabiskan ubat tu..doc bekalkan utk sebulan..dos yg doc zamri bg 500mg..mkn sebiji sehari selepas mkn berat...masa checkup ari tu doc bgtau aku ubat ni utk megurangkan paras gula dlm telur..kemungkinan juga sperm tak dpt nak menembus telur disebabkan kandungan gula yg berlebih dlm telur..so utk mengurangkan paras gula tu kenelah telan metformin setiap hari...so far aku takde plak mengalami side effect yg diperkatakan..tp aku just nak share side effects mkn metformin...


Side Effects Metformin

  • Diarrhea
  • Nausea or vomiting
  • Gas
  • Weakness
  • Indigestion
  • Abdominal discomfort (or stomach discomfort)
  • Headache
  • Lost of appetite
dlm article Dr Zubaidi plak dia menyatakan:
bagi wanita yang mengalami PCOS, rawatan Metformin biasa diberikan kepada pesakit kencing manis,membantu untuk selama 3-6 bulan sebelum mencuba clomid semula.
Metformin akan membantu mengurangkan insulin-resistance dan ianya juga membantu dalam masalah clomid-resistance secara tidak langsung.



Monday 21 November 2011

sedikit tentang PCOS....

Polycistic Ovarian Syndrome (PCOS)
Polycistic Ovarian Syndrome atau Polycystic Ovarian Disease terbentuk daripada manifestasi
beberapa cysts yang meliputi ovari. Ia kelihatan seperti telur-telur halus. Keadaan ini diikuti oleh
ketidakseimbangan hormon dan ketidakseragaman ovulasi dan haid.
Ia merupakan satu proses metabolik badan yang berkaitan dengan rintangan insulin, pengawalan
glukosa yang kurang baik dan kadang-kadang berkaitan dengan hipotiroid.
Jika anda mengalami PCOS, doktor biasanya akan memberikan anda clomiphene citrate (clomid)
untuk meransang proses ovulasi anda. Clomid akan meransang kelenjar pituitari anda untuk
merembes FSH (follicle stimulating hormone).

Walaubagaimanapun, ubat ini sebenarnya boleh menerukkan lagi keadaan anda kerana ia
meransang kematangan beberapa folikel yang sebenarnya masih belum boleh dilepaskan. Wanita
yang mengalami PCOS yang ingin mengambil Clomid akan berisiko tinggi mengalami sindrom
peransangan ovari yang berlebihan (ovarian hyper-stimulation syndrome) yang boleh
mengancam nyawa.
Sesetengah wanita mempunyai antibodi anti-FSH yang menjadikan mereka terdedah kepada
masalah PCOS ataupun endometriosis. Sekiranya anda mempunyai masalah alergik, masalah
auto-imun atau alergik pada makanan, anda disarankan untuk melakukan ujian anti-FSH
antibodi.

Dalam 17% wanita, penyebab utama kegagalan ovari disebabkan oleh masalah antibodi yang
memusnahkan sel theca pada ovari dan sekaligus memberikan kesan buruk pada plasenta.
Sekiranya anda mengalami masalah kegagalan ovari, lakukan ujian adrenal dan sel steroid auto
antibodi.


Apakah gejala-gejala PCOS?
- Kegagalan ovulasi
- Jerawat
- Obesiti
- Haid yang tidak teratur
- Fasa luteal yang terganggu
- Tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut pada kulit)

Bagi kes yang teruk, keseluruhan gejala-gejala ini akan muncul. Bagi kes sederhana dan ringan,
sesetengah gejala sahaja yang akan kelihatan.

Bagaimana PCOS menyebabkan ketidaksuburan?
Disebabkan ketidakseimbangan hormon, ovari gagal mematangkan telur. Jika tiada telur yang
matang, ovulasi, persenyawaan dan kehamilan tidak akan berlaku. Apabila tiada telur yang
dilepaskan, folikel yang masih ada tidak dapat membentuk korpus luteum dan mula
menghasilkan hormon progesteron. Tanpa progesteron endometrium tidak akan menebal dan
proses menstruasi akan terhenti.
Dalam PCOS, folikel mula mematang dan membina tetapi ia tidak dapat menghabiskan proses
itu. Mereka kekal dalam bentuk sack yang dipenuhi air yang juga dikenali sebagai cyst. Cyst ini
menyebabkan hormon lelaki (androgen) mengelirukan sistem endokrin.
Cyst melepaskan estrogen yang bertanggungjawab dalam memberikan isyarat kepada kelenjar
pituitari untuk melepaskan LH. Disebabkan kekeliruan ini, sesetengah wanita PCOS percaya
bahawa mereka mengalami ovulasi setelah mereka melihat hasil ujian ovulation- prediction kits.
Sebenarnya, folikel terlalu muda untuk dilepaskan. Dan sekiranya ianya terlepas, kualitinya
terlalu rendah dan keguguran akan berlaku.
Ketidaksuburan berlaku kerana kegagalan ovulasi disebabkan hormon androgen yang berlebihan
dan kekurangan hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari. Kekurangan
FSH menyebabkan androgen tidak dapat ditukarkan kepada estrogen. Maka, folikel tidak dapat
dimatangkan dan diovulasikan.


Ujian untuk PCOS:
- Ujian gula dalam darah ketika berpuasa
- Testosteron
- DHEA
- Insulin
- Level estrogen dan progesteron
- Level LH dan FSH

Bagaimana merawat PCOS secara semulajadi?
1. Seimbangkan insulin
Insulin merupakan hormon yang membantu sel menyerap gula dari salur darah. Rintang terhadap
insulin didapati menyebabkan ovari merembeskan androgen secara berlebihan. Masalah rintang
insulin ini berkait rapat dengan obesiti atau berat yang berlebihan. Tetapi masalah rintang insulin
boleh juga didapati dalam kalangan wanita kurus dan tidak obesiti.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda dinasihatkan untuk
mengurangkan berat anda dan pastikan masalah insulin anda dapat diperbetulkan.
Rintangan insulin bermaksud sel tidak bertindak balas dengan insulin apabila ia berhadapan
dengan glukosa. Glukosa akan kekal di dalam darah. Ia biasanya berlaku akibat reseptor insulin
yang tepu. Glukosa dalam darah akan meningkat dan sel tidak mempunyai jumlah yang
mencukupi. Ini akan menjadikan seseorang letih dan tidak bermaya selain meningkatkan risiko
jangkitan kuman (disebabkan tinggi gula dalam darah) dan diabetes.
Jauhi minuman berkarbonat, kopi, dan jus bergula merupakan langkah yang amat penting dalam
membetulkan keadaan rintangan insulin.


2. Elakkan daripada mengambil trans fat dan minimakan pengambilan protein
haiwan.
Pengambilan trans fat dan protein haiwan secara berlebihan boleh menghalang anda daripada
ovulasi dan sekaligus menghalang anda untuk hamil.
Wanita PCOS mudah menjadi obesiti dan rintang kepada insulin, tekanan darah yang tinggi dan
mudah mendapat diabetes. Biasanya mereka ini akan diberikan ubat penstabil gula yang
berfungsi untuk meningkatkan kesensitifan insulin. Dengan meningkatkan kesensitifan insulin,
ubat-ubat ini biasanya akan membaikpulihkan masalah kestakstabilan hormon dan ketakstabilan
ovulasi.
Trans fat menghalang reseptor ini sekaligus menghalang pengangkutan gula dari darah masuk ke
dalam sel. Trans fat juga meningkatkan tahap inflamasi dalam badan, mengganggu proses
pengovulan, implantasi dan juga embryo.
Diet yang kurang trans fat akan menjadikan reseptor insulin anda lebih sensitif, meningkatkan
fungsi antiinflamasi, meransang pengovulan, implantasi dan meningkatkan kesihatan embryo.
3. Rawat masalah hipotiroid jika ada.
Untuk pengetahuan anda, PCOS dan hipotiroid berkait rapat antara satu sama lain. Ovari dan
kelenjar tiroid merupakan organ yang menentukan genetik seseorang. Oleh sebab itulah,
kerosakan sistem tiroid boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem ovari anda.
Maka, anda perlu merawat masalah hipotiroid anda dengan segera jika anda ingin hamil.
kegagalan ovari
kegagalan ovari berlaku apabila tinggi tahap FSH dan rendah tahap estrogen. Ia biasanya berlaku
pada wanita berumur kurang dari 40 dan lebih kurang sama seperti menopaus. Walaupun
kejadian kegagalan ovari ini tidak diketahui puncanya, tetapi ia dikatakan mempunyai kaitan
dengan masalah tiroid dan penyakit autoimun.

Rawatan secara semulajadi menumpukan kepada tahap estrogen yang rendah dan peransangan
ovari menggunakan herba-herba yang akan kita bincangkan di bawah.
Anda juga perlu melakukan ujian hormon anti-Mullerian (AMH). Level serum dalam ujian ini
menunjukkan jumlah folikel primordial yang masih tinggal dalam ovari anda. Ujian ini
mengukur tahap kemampuan ovari anda. Anda mungkin mempunyai jumlah telur yang
mencukupi namun disebabkan ketakseimbangan hormon ataupun masalah autoimun, ovari anda
tidak dapat berovulasi.
Namun, anda tidak perlu bimbang. Ini kerana masalah ini boleh diubati apabila ia telah dikesan.
Anda masih berpeluang untuk hamil.

RAWATAN SEMULAJADI UNTUK MASALAH KESUBURAN YANG DISEBABKAN
OLEH PCOS
A) Diet
- Elakkan daripada meminum kopi, alkohol, minuman berkarbonat, gula dan jus yang
mengandungi gula, dan makanan berkarbohidrat tinggi.
- Makan makanan yang tinggi protein setiap 3 jam bagi mengimbangkan gula dalam darah
anda.
- Elak daripada makanan trans fat, makanan segera dan semua makanan tinggi kandungan
bahan tambahan dan perasa.
- Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi
- Tingkatkan pengambilan whole grain, epal, pear, bubur. Anda hanya boleh memakan nasi
dan pasta 2 kali seminggu sahaja.
- Makan anggur, lemon dan limau nipis setiap hari untuk membantu sistem hati anda.
- Kurangkan pengambilan produk tenusu dan sumber haiwan kerana ia mengandungi
kandungan hormon yang tinggi, racun serangga dan racun sayuran yang diketahui akan menganggu sistem endokrin anda. Vegetarian dan diet yang tinggi kandungan fiber
adalah sangat baik untuk wanita yang mengalami masalah PCOS. Ini kerana, dalam
haiwan, mereka menghasilkan hormon mereka sendiri dan hormon ini akan didapati di
dalam daging dan juga susu walaupun haiwan-haiwan ini tidak diberi hormon sintetik.
Oleh itu lebih baik anda mengamalkan pemakanan vegetarian.
- Tingkatkan pengambilan bawang putih, halia dan cili merah untuk mengurangkan
masalah pelvik anda.
- Tingkatkan pengambilan makanan berserat bagi meningkatkan estrogen dan
mengurangkan kolesterol dalam usus anda

B) Gaya hidup
- Jika anda mepunyai kandungan lemak yang berlebihan di sekitar abdomen, anda perlu
berusaha untuk mengurangkan 10% daripada berat anda.
- Lakukan senaman secara berkala (lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak
lemak yang dihapuskan)
- Kurangkan stress dengan yoga, meditasi, senaman pernafasan, tidur selama 8 jam,
senaman berkala, lavender, lemon balm dan chamomile tea.
- Lakukan akupuntur dan pastikan ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
C) Suplemen
- Vitamin E : untuk menyuburkan telur dan membetulkan ketakseimbangan hormon dan
ovulasi
- Vitamin D: sentiasa ambil vitamin D bersama kalsium dan megnesium untuk meransang
pengovulan.


- Vitamin C: untuk menyubur dan melindungi telur serta untuk fungsi imun.
- Kalsium: untuk menyeimbangkan hormon
- Magnesium: untuk menghasilkan telur dan progesteron
- Kromium: untuk pengawalan insulin
- Zat besi: makan sebelum tidur ketika perut kosong. Ia bertujuan untuk fungsi imun,
keseimbangan hormon dan kesihatan telur.
- Vitamin B: untuk keseimbangan hormon, penghasilan progesteron, meransang ovulasi
dan menyuburkan telur anda.
- Selenium: menyokong fungsi umun, keseimbangan hormon, mengoptimakan fungsi tiroid
dan pengurangan insulin
- Iodin: untuk fungsi tiroid yang sihat
- Probiotik: untuk menguatkan sistem imun

D) Herba
- Vitex (Chaste tree)- memperbetulkan testosteron yang berlebihan dan meransang LH jika
sedikit.
- Black cohosh- mengurangkan LH yang tinggi
- Dong Quai dan False unicorn root – meningkatkan kandungan estrogen jika rendah
- Halia dan cili merah-menjaga kesihatan kawasan pelvik
- St. Mary’s Thistle and Dandelion – untuk menjaga fungsi hati


nota kaki:
serba sedikit tentang penghidap PCOS..aku nak share ngan geng TTC..hrp dpt menambahkan ilmu korang...info nie aku bkn copy dr mane2 page tp aku kene bayar utk dptkan info ni...tp utk korang, it's free..

weekend for nothing

takda apa sgt yg nak diupdatekan hari nie...cuma nak cite weekend ari tu jer...sabtu wholeday duk umah,kemas ape yg patut...tak kuar g memana pun sbb hubby ada kursus...then ahad kitaorg pegi Mid Valley..
Mmg jam nak masuk parking..ramai giler org...ondaway to baru aku perasan kat Mid ada 2nd Maternity & Children expo...Bila masuk2 jer, ramai giler org duk usung Stroller...

Hubby ade gak ckp..bestkan syg kalau dpt usung stroller..ntah2 nnt kita usung stroller yg kembar nyer...
aku iyerkan jer n ckp insyaallah abg,nnt giliran kita plak usung stroller tu...dlm hati nie tuhan jer tau camner perasaan aku..sambil2 berjln pun aku leh lagi terpikir...nape lah lambat sgt aku nak lekat nie..

project mega tgh berjalan skang nie..kitaorg decide nak berBD everyday..means dat start from 18 till 22 kitaorg akan berBD(atas dasar nasihat doctor zamri)...huh..walaupun penat tp aku try jugak gagahkan diri....mcm2 plan kitaorg wat sbb nak elakkan air mani dari kuar...so,aku letakkan bantal sampai 2 bantal ok sbb nak tampung takut air tut terkeluar...smpai ke pagi dgn bantal ada kat punggung....

sblm projek mega nie,aku dah pun beli Conceived plus kat farmasi Caring...menda alah tu sejenis pelincir yg mesra sperm...aku baca kat forum ratuhati ari tu dorang kata pelincir nie bagus utk kita yg tgh TTC skang...so why dont kita try kan...harga mmg agak mahal skit.. RM 79.90 tp demi utk anak,mahal mana pun sanggup kan..

Friday 18 November 2011

Doa Seorang Ibu

Doa bagi Non-Muslim yang sedang sakit | Knowledge for everyone

semalam aku n hubby pegi melawat PIL..masa dah setel makan mlm kitaorg berborak2...bercerita mcm2..yelah,aku dah 2 minggu xblk umah dia....aku cerita psl checkup aku semlm dgn dia,aku mmg xde masalah besar utk pregnant..then mak ckp mungkin belum masanya lagi,takpa muda lagi...katanya lg...lega skit bila mak ckp mcm tue...tetiba mak kata ntah2 nnt kuar kembar...baka belah mak mmg ada yg kembar....insyaallah mak,hrp kata2 mak tue termakbul nnt..kata2 mak pun suatu DOA...

bila aku aku pikirkan blk,ramai jugak yg doakan kami dpt kembar....tak tau lah kenapa...tp kalau betul tuhan nak bg aku kembar,aku bersyukur sgt...insyaallah...semua tue ketentuan TUHAN...kita sebgai umatNya teruskan berdoa..jgn sesekali berputus asa...

hari tue mak byk kali bersuara tanya aku dah pegi jumpa doctor ke belum...mungkin dia pun risau sbb aku masih belum lekat lagi...mak bukannya takda cucu tp dah ada 4 org dah pun..tp mungkin mak nak cucu dari kami jugak...sbb tu dia beria suruh check doc...yelah,mungkin dia takut ada masalah apa2...

Insyaallah mak...doakan kami...supaya kami dpt bg cucu pada mak nnt...


nota kaki:
sob..sob...terEMO plak bila cerita psl mak metua aku ni...yelah,bila ckp psl anak...mmg tersentuh...
Makbulkan lah doa hamba mu ni Ya Allah...

Thursday 17 November 2011

waiting for miracles to happen.

Asian influence newborn baby photography Baby Photography: 40 Photos of Lovable Babies

nota kaki:
mummy tunggu sayang ok..
keep on tryin' n lot of prays...

CD12...DEMC

td g jumpa doc zamri,sampai dlm 8.35 am...takde org lagi masa tue..yelar,ari nie special appointment utk kami..8.45 masuk n doc terangkan process seterusnya...then doc wat TVS...scan telor,tgk ada yg matang atau tak..blah kiri masih kecil tp blah kanan ada yg dah matang..doc kata telor cantik,rahim cantik n btul kedudukannya...takde masalah lain...doc suruh hbs kan ubat metformin utk sebulan tu..kali ni doc tak nak inject sbb doc nak conceived naturally sbb aku takde masalah...
so,doc suh bersama start 18hb sampai 22hb...then 26hb dtg utk ambil darah,tujuannya doc nak tau samada telor kita pecah dgn jayanya atau pun tidak..

nx appointment day 2/3 period..harap2 takda lah period utk 9 bulan akan dtg...insyaallah...

charge utk appointment kali nie:
outpatient fee            RM3
TVS                             RM60
Consultation             RM40
Total                           RM103

nota kaki:
dalam hati terasa sedikit happy sbb aku takda masalah besar utk hamil..hrp di permudahkan kali nie...
get ready utk project mega esok....heheh....

Wednesday 16 November 2011

Musim haji...

Aidiladha dah pun lepas...1st group haji dah pun selamat sampai ke malaysia Sabtu ari tu...Cite psl org g haji ni, hubby aku ada jugak kirim doa kat kwn die..doa utk dikurniakan zuriat..Insyaallah,doa yg dikirimkan tue termakbul...

nota kaki:
esok ada appointment dgn Doc Zamri...nak check perkembangan telor..of coz kene wat TVS..hrp semuanya ok dan ada telor yg matang utk disenyawakan nnt...Insyaallah,hrp ada berita gembira buat kami nnt...

Tuesday 15 November 2011

Ia nya bermula....

Dan bermula lah kisah aku sbg isteri....30.10.2010 diijab kabulkan...30.10.2011 menyambut 1st anniversary...tp kami masih lg ber2....sedih? mmg aku sedih...rumah sunyi jer...takde suara baby...hubby? mesti lah mengharap..setiap bulan menunggu dari start kami kawin...tp kami masih belum lagi dimurahkan rezeki...

ha,bg yg tak tau kami bercinta 7 tahun..september hari tu baru jer kami celebrate anniversary yg ke8...syukur alhamdulillah..kami berkongsi susah senang dari zaman blajar sampai ke hari ni...

tahun depan kami menunggu utk duduk dirumah sendiri...syukur...hidup aku dah semakin sempurna...cuma menunggu rezeki tuhan dtg jer utk meyempurnakan kehidupan kami....

ok,psl TTC plak...aku dah start meng'google' psl petua,ubat lar dan apa saje info berkaitan kehamilan dari start aku bergelar isteri..mcm2 ubat n petua dah aku try..contohnya:

  • bidadari (DCL)
  • asid folic
  • berurut (2x)
  • jamu ratu dara
  • pati delima
  • buah zuriat
buah zuriat kitaorg baru rebus semlm..aku dah beli online lama dah tp blum tergerak nak try...so,skang dah tiba masanya aku try....dlm masa yg sama aku tgh menjalani rawatan kat DEMC dgn atas nasihat pakar Doc Zamri..skang mkn clomid 2nd cycle...ari khamis ni appointment dgn doc..khas utk kami jer sbb ari tersebut doc dah bercuti..wah,specialnya kami...

masa bulan april 2011 ari tu aku penah pegi ke klinik az zahra bangi..doc kat situ mengesahkan aku kene kencing kotor sbb time tu aku mmg ada simptom preggy n upt show faint line..tp tak tau lar kenapa aku xhbs pun mkn ubat yg di bg...n chemistry kitaorg takberapa ngam..so,aku stop...sampai lar masa yg sesuai,hampir setahun perkahwinan kami, decide utk meneruskan rawatan di DEMC..next entry nnt aku bgtau detail psl wat rawatan kat DEMC...

tu jer utk kali nie...masih nak belek2 psl blog nie...

Finally...

Haaa....excited jer baca title cam tue...Tahniah Ninie sbb dah berjaya creat blog nie...terhasilnya blog aku nie utk berkongsi kisah hidup aku selepas setahun kami berkahwin...ini lah tempat aku utk meluahkan perasaan dan juga utk berkongsi apa juga yg boleh dikongsikan bersama....

selama ni aku suka sgt baca blog2..terutama yg senasib dgn aku. Nasib aku??? bagi yg belum tahu aku lebih detail...nnt aku wat entry baru and aku akan ceritakan segalanya kisah aku selama aku bergelar sbg isteri..
(tgh nak kumpul idea..lgpun aku baru lg dlm bidang blog nie..selama ni aku meluahkan perasaan kat private online diary jer...

now,i got my own blog..yeay!!!