Friday 25 November 2011

ENDOMETRIOSIS


Aku percaya ade gak geng TTC aku nie ada yg menghidap penyakit ni..ni pun salah satu penyebab kita lambat dpt anak..walaupun aku bukan tergolong yg ada penyakit ni tp aku just share info ngn korang semua…sedikit sebyk kita dpt berkongsi ilmu n pengetahuan…


ENDOMETRIOSIS
Endometriosis adalah satu penyakit yang menyakitkan. Ia boleh mengganggu tahap kesuburan
anda. Dalam endometriosis, tisu endometrium yang sepatutnya berada dalam rahim tumbuh
diluar rahim. Sel endometriosis melekat pada tisu diluar uterus dan ini dipanggil implan endometriosis. Implan ini banyak dijumpai di ovari, tiub Fallopio, diluar uterus atau usus dan juga diatas garisan kaviti pelvik. Ia juga boleh didapati di dalam kawasan vagina, servik dan pundi kencing, parut bekas bersalin atau parut bekas pembedahan lain.
Endometriosis adalah penyakit yang banyak direkodkan dalam perubatan sakit puan. Ia
mencatatkan 15-30% masalah kesuburan kepada wanita. Para saintis belum mengetahui bagaimana tisu-tisu ini boleh tumbuh di tempat yang luarbiasa. Namun terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini. Diantaranya ialah kemungkinan darah kotor melimpah ke belakang rahim melalui tiub Fallopio. Biasanya ia berlaku apabila kedudukan rahim kurang biasa iaitu jatuh ke belakang iaitu ke arah
tulang tongking. Para saintis tidak mengetahui dengan tepat bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).

Teori lain pula mengatakan bahawa sistem imun badan wanita itu sendiri lemah. Oleh sebab itu
tisu-tisu yang keluar dari tubuhnya kini menyerang badannya sendiri. Dan apabila tisu ini mula
melekat pada bahagian lain dalam tubuh, ia mula membesar.
Tisu endometrium di luar rahim ini juga akan mengeluarkan darah ketika pusingan haid berlaku.
Jika keadaan ini berlaku di dalam ovari (telur), lama-kelamaan darah akan berkumpul dan ini
boleh menyebabkan ovarian cyst.

Gejala-gejala endometriosis
Tidak kira di mana sekalipun kawasan tisu ini tumbuh, ia akan mirip lapisan uterus kerana setiap
bulan ia akan mengeluarkan darah ketika kitar haid berlaku. Jika darah haid, ia boleh dikeluarkan melalui vagina tetapi darah dari tisu endometriosis ini tidak akan dapat dibuang. Maka ia akan menyebabkan tisu parut dan sakit di kawasan tersebut. Gejala-gejala yang biasa di alami oleh pesakit endometriosis ialah:
·         Inflamasi
·         Sakit ketika haid
·         Haid yang banyak
·         Ketulan darah yang besar
·         Ovarian cyst
·         Sakit ketika buang air besar
·         Darah tompok-tompok sebelum haid
·         Pendarahan yang luar biasa
·         Ketidaksuburan
·         Senggugut yang teruk di akhir-akhir haid
·         Sakit di bahagian bawah pinggang
·         Sakit ketika bersama pasangan.

Bagaimana endometriosis menyebabkan ketidaksuburan?
Ketidaksuburan berlaku apabila endometriosis menghalang tiub Fallopio. Endometriosis ini
menyebabkan inflamasi dan bilangan makrofaj yang banyak yang mana ia boleh memusnahkan
sperma dan juga mengganggu implantasi.
Makrofaj menghasilkan bahan kimia (sitokin) yang toksik kepada sperma dan embryo. Selain itu, inflamasi juga boleh menyebabkan tahap prostaglandin yang tinggi. Prostaglandin boleh
menjadikan tiub Fallopio mengecut dan mudah tersumbat. Implan endometrium di kawasan kaviti pelvik mempunyai kelenjar yang merembeskan mukus. Jika ia mengimplan berhampiran tiub Fallopio atau ovari, mukus boleh menghalang tiub Fallopio.
Ovulasi sukar atau tidak akan berlaku. Dan sekiranya ia berlaku, progesteron mungkin tidak
mencukupi untuk menyokong implantasi. Risiko kehamilan luar rahim juga tinggi dalam
kalangan wanita yang mengalami endometriosis. Dalam wanita endometriosis, antibodi anti endometrium adalah penyebab kepada keguguran dan masalah implantasi. Ini kerana sistem imun badan kita telah disetkan untuk melawan sel-sel tertentu, virus dan bakteria. Apabila endometrium mengimplan di kawasan-kawasan tertentu dalam badan, sistem imun akan
menyerang dan menyebabkan inflamasi. Ini bermakna endometrum dalam rahim juga diserang
menyebabkan implantasi sukar berlaku.

Ujian untuk endometriosis
Laparoscopi biasa digunakan untuk mengesahkan penyakit endometriosis.
Rawatan semulajadi untuk endometriosis
Rawatan semulajadi untuk endometriosis melibatkan diet, detoksifikasi, keseimbangan hormon, pengurangan inflamasi, penyelesaian autoimun dan hipotiroid, pengambilan suplemen dansenaman. Endometriosis dilihat sebagai keadaan yang bergantung kepada estrogen. Saiz implant endometrium dilihat semakin berkurang apabila hormon estrogen kembali ke tahap normal atau semakin berkurang. Perkara paling utama dalam rawatan ini ialah dengan memperbetulkan diet. Anda perlu memaksimakan pengambilan nutrien dan fiber supaya estrogen yang berlebihan dapat disingkirkan, vitamin, mineral dan makronutrien untuk mengoptimakan penghasilan progesterone dan juga nutrien untuk mengurangkan inflamasi dan sakit. Hati anda memetabolismakan hormon termasuk estrogen. Jika hati anda tidak dapat berfungsi secara optima, hormon tidak akan dapat disingkirkan sepertimana ia perlu disingkirkan.

Hati merupakan organ yang kedua terbesar selepas kulit. Ia terlibat dalam berjuta proses bahan
kimia dalam badan dan ia juga sangat penting dalam kesuburan.
Hampir semua bahan yang anda makan perlu melalui hati sebelum memasuki sistem peredaran
darah. Kopi, alkohol, pil dan juga ubat-ubat lain menyebabkan hati anda menerima beban yang
berat dan mereka memerlukan jumlah nutrien yang banyak untuk membawa bahan-bahan ini
keluar dari badan.
Sepertimana yang saya jelaskan di atas, sistem imun mempunyai peranan dalam endometriosis.
Maka anda perlu memastikan sistem imun anda dapat befungsi dengan baik.
Sistem imun anda bermula dari usus. Anda perlu mengamalkan diet yang sihat agar usus anda
berada dalam keadaan yang baik. Amalkan pengambilan probiotik kerana probiotik baik untuk
usus anda.
Anda juga perlu mengelakkan makanan yang anda elergik selama paling kurang tiga bulan
supaya sistem imun anda dapat berehat dan akan hanya mengenal patogen yang berbahaya dan
juga sel yang tumbuh secara luar biasa.

Diet
makan makanan yang ditanam secara organik. Racun serangga dan racun rumput yang
dijumpai dalam makanan bukan organik boleh menyebabkan gangguan kepada sistem
endokrin dan juga boleh menyerupai estrogen.
makan makanan yang pahit untuk membantu penyingkiran estrogen melalui hati.
Contohnya anggur, lemon, limau nipis. Anda juga boleh meminum teh dandelion atau teh
St’s Mary.
Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anda allergik dan amalkan pengambilan
suplemen untuk sistem imun seperti vitamin C, vitamin E, betacarotene, zinc, selenium
dan probiotik.
Kurangkan pengambilan makanan yang bersumberkan haiwan kerana ia mengandungi
jumlah hormon, racun serangga dan racun rumput yang tinggi. Contohnya seperti ayam,
daging dan susu.
Tingkatkan pengambilan fiber untuk membantu penyingkiran estrogen yang berlebihan
dari usus.
Elakkan meminum kopi, alkohol, minuman berkarbonat, gula dan jus yang mengandungi
gula.

Gaya hidup
Anda perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang dibungkus dengan plastik,
meminum air terus dari dalam botol, makan dengan memakai sarung tangan pembedahan,
ataupun menyentuh cat warna dengan menggunakan tangan. Ini kerana plastik dan cat ini
mengandungi phthalate dan PVC yang merupakan pemusnah endokrin dan bertindak
seperti estrogen dan ini ada kaitan dengan asma, gangguan pembesaran kepada bayi
dalam kandungan, kecacatan kelahiran, gangguan fungsi imun badan, endometriosis dan
ketidaksuburan.
Lakukan senaman secara berkala untuk meningkatkan aliran darah, toksin dan
pembuangan bahan kumuh. Senaman juga membantu sistem metabolism anda dan ianya
baik untuk fungsi sistem endokrin dan imun sistem. Lakukan senaman ringan dan
elakkan senaman ketika haid. Anda juga boleh melakukan yoga kerana yoga sangat baik
untuk kesihatan.
Pastikan anda menggunakan ‘pad’ organic ketika period.
Anda perlu mengelakkan diri dari terdedah kepada racun serangga perosak dan apa jua
jenis racun. Terdapat kajian yang menunjukkan pendedahan kepada hidrokarbon
berklorin boleh meningkatkan risiko keguguran dan endometriosis.
Endometriosis paling kerap berlaku dalam wanita yang kerap melakukan seks. Maka,
anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan yoga, meditasi, senaman pernafasan,
tidur selama 8jam, senaman secara berkala, minum teh chamomile, lavender dan lemon
balm.
Lakukan akupuntur dengan doktor yang bertauliah.
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan Candida, rawat ia terlebih dahulu.

Suplement
Omega 3: pastikan ia telah diuji tidak mengandungi merkuri dan stabil dengan vitamin E.
Ianya penting untuk mengurangkan sakit, menyeimbangkan hormon dan mengurangkan
inflamasi.
Vitamin E: untuk membaiki tisu dan parut, mengurangkan inflamasi dan meningkatkan
fungsi sistem imun.
Vitamin c: tingkatkan dos secara perlahan-lahan supaya usus anda dapat bertoleransi
dengan dos yang diberikan. Ia diperlukan untuk memperbaiki tisu dan sistem imun, untuk
menyihat dan melindungi telur.
Beta carotene: untuk perbaiki tisu.
Bawang putih: untuk menghalang inflamasi dan ketidakhadaman.
Zat besi: penting untuk detoksifikasi, pembaikan tisu, sistem imun, keseimbangan
hormon.
Selenium: untuk sistem imun, keseimbangan hormon dan melindungi fungsi tiroid.
Manganese: untuk membuang estrogen yang berlebihan
Probiotik: untuk sistem imun.
Iodine: untuk fungsi tiroid yang sihat.

Herba
Kunyit: untuk mengurangkan inflamasi
Peony dan cramp bark: untuk mengurangkan rasa sakit.
Vitex dan Dong Quai: membuang estrogen yang berlebihan
Halia dan lada merah: baik untuk kawasan pelvic dan mengurangkan ketidakselesaan di
kawasan pelvic
St. Mary’s Thistle dan Dandelion: menyokong fungsi hati dan detoksifikasi

No comments:

Post a Comment

kawan2 yg ku syg comment