Monday 21 November 2011

sedikit tentang PCOS....

Polycistic Ovarian Syndrome (PCOS)
Polycistic Ovarian Syndrome atau Polycystic Ovarian Disease terbentuk daripada manifestasi
beberapa cysts yang meliputi ovari. Ia kelihatan seperti telur-telur halus. Keadaan ini diikuti oleh
ketidakseimbangan hormon dan ketidakseragaman ovulasi dan haid.
Ia merupakan satu proses metabolik badan yang berkaitan dengan rintangan insulin, pengawalan
glukosa yang kurang baik dan kadang-kadang berkaitan dengan hipotiroid.
Jika anda mengalami PCOS, doktor biasanya akan memberikan anda clomiphene citrate (clomid)
untuk meransang proses ovulasi anda. Clomid akan meransang kelenjar pituitari anda untuk
merembes FSH (follicle stimulating hormone).

Walaubagaimanapun, ubat ini sebenarnya boleh menerukkan lagi keadaan anda kerana ia
meransang kematangan beberapa folikel yang sebenarnya masih belum boleh dilepaskan. Wanita
yang mengalami PCOS yang ingin mengambil Clomid akan berisiko tinggi mengalami sindrom
peransangan ovari yang berlebihan (ovarian hyper-stimulation syndrome) yang boleh
mengancam nyawa.
Sesetengah wanita mempunyai antibodi anti-FSH yang menjadikan mereka terdedah kepada
masalah PCOS ataupun endometriosis. Sekiranya anda mempunyai masalah alergik, masalah
auto-imun atau alergik pada makanan, anda disarankan untuk melakukan ujian anti-FSH
antibodi.

Dalam 17% wanita, penyebab utama kegagalan ovari disebabkan oleh masalah antibodi yang
memusnahkan sel theca pada ovari dan sekaligus memberikan kesan buruk pada plasenta.
Sekiranya anda mengalami masalah kegagalan ovari, lakukan ujian adrenal dan sel steroid auto
antibodi.


Apakah gejala-gejala PCOS?
- Kegagalan ovulasi
- Jerawat
- Obesiti
- Haid yang tidak teratur
- Fasa luteal yang terganggu
- Tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut pada kulit)

Bagi kes yang teruk, keseluruhan gejala-gejala ini akan muncul. Bagi kes sederhana dan ringan,
sesetengah gejala sahaja yang akan kelihatan.

Bagaimana PCOS menyebabkan ketidaksuburan?
Disebabkan ketidakseimbangan hormon, ovari gagal mematangkan telur. Jika tiada telur yang
matang, ovulasi, persenyawaan dan kehamilan tidak akan berlaku. Apabila tiada telur yang
dilepaskan, folikel yang masih ada tidak dapat membentuk korpus luteum dan mula
menghasilkan hormon progesteron. Tanpa progesteron endometrium tidak akan menebal dan
proses menstruasi akan terhenti.
Dalam PCOS, folikel mula mematang dan membina tetapi ia tidak dapat menghabiskan proses
itu. Mereka kekal dalam bentuk sack yang dipenuhi air yang juga dikenali sebagai cyst. Cyst ini
menyebabkan hormon lelaki (androgen) mengelirukan sistem endokrin.
Cyst melepaskan estrogen yang bertanggungjawab dalam memberikan isyarat kepada kelenjar
pituitari untuk melepaskan LH. Disebabkan kekeliruan ini, sesetengah wanita PCOS percaya
bahawa mereka mengalami ovulasi setelah mereka melihat hasil ujian ovulation- prediction kits.
Sebenarnya, folikel terlalu muda untuk dilepaskan. Dan sekiranya ianya terlepas, kualitinya
terlalu rendah dan keguguran akan berlaku.
Ketidaksuburan berlaku kerana kegagalan ovulasi disebabkan hormon androgen yang berlebihan
dan kekurangan hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari. Kekurangan
FSH menyebabkan androgen tidak dapat ditukarkan kepada estrogen. Maka, folikel tidak dapat
dimatangkan dan diovulasikan.


Ujian untuk PCOS:
- Ujian gula dalam darah ketika berpuasa
- Testosteron
- DHEA
- Insulin
- Level estrogen dan progesteron
- Level LH dan FSH

Bagaimana merawat PCOS secara semulajadi?
1. Seimbangkan insulin
Insulin merupakan hormon yang membantu sel menyerap gula dari salur darah. Rintang terhadap
insulin didapati menyebabkan ovari merembeskan androgen secara berlebihan. Masalah rintang
insulin ini berkait rapat dengan obesiti atau berat yang berlebihan. Tetapi masalah rintang insulin
boleh juga didapati dalam kalangan wanita kurus dan tidak obesiti.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda dinasihatkan untuk
mengurangkan berat anda dan pastikan masalah insulin anda dapat diperbetulkan.
Rintangan insulin bermaksud sel tidak bertindak balas dengan insulin apabila ia berhadapan
dengan glukosa. Glukosa akan kekal di dalam darah. Ia biasanya berlaku akibat reseptor insulin
yang tepu. Glukosa dalam darah akan meningkat dan sel tidak mempunyai jumlah yang
mencukupi. Ini akan menjadikan seseorang letih dan tidak bermaya selain meningkatkan risiko
jangkitan kuman (disebabkan tinggi gula dalam darah) dan diabetes.
Jauhi minuman berkarbonat, kopi, dan jus bergula merupakan langkah yang amat penting dalam
membetulkan keadaan rintangan insulin.


2. Elakkan daripada mengambil trans fat dan minimakan pengambilan protein
haiwan.
Pengambilan trans fat dan protein haiwan secara berlebihan boleh menghalang anda daripada
ovulasi dan sekaligus menghalang anda untuk hamil.
Wanita PCOS mudah menjadi obesiti dan rintang kepada insulin, tekanan darah yang tinggi dan
mudah mendapat diabetes. Biasanya mereka ini akan diberikan ubat penstabil gula yang
berfungsi untuk meningkatkan kesensitifan insulin. Dengan meningkatkan kesensitifan insulin,
ubat-ubat ini biasanya akan membaikpulihkan masalah kestakstabilan hormon dan ketakstabilan
ovulasi.
Trans fat menghalang reseptor ini sekaligus menghalang pengangkutan gula dari darah masuk ke
dalam sel. Trans fat juga meningkatkan tahap inflamasi dalam badan, mengganggu proses
pengovulan, implantasi dan juga embryo.
Diet yang kurang trans fat akan menjadikan reseptor insulin anda lebih sensitif, meningkatkan
fungsi antiinflamasi, meransang pengovulan, implantasi dan meningkatkan kesihatan embryo.
3. Rawat masalah hipotiroid jika ada.
Untuk pengetahuan anda, PCOS dan hipotiroid berkait rapat antara satu sama lain. Ovari dan
kelenjar tiroid merupakan organ yang menentukan genetik seseorang. Oleh sebab itulah,
kerosakan sistem tiroid boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada sistem ovari anda.
Maka, anda perlu merawat masalah hipotiroid anda dengan segera jika anda ingin hamil.
kegagalan ovari
kegagalan ovari berlaku apabila tinggi tahap FSH dan rendah tahap estrogen. Ia biasanya berlaku
pada wanita berumur kurang dari 40 dan lebih kurang sama seperti menopaus. Walaupun
kejadian kegagalan ovari ini tidak diketahui puncanya, tetapi ia dikatakan mempunyai kaitan
dengan masalah tiroid dan penyakit autoimun.

Rawatan secara semulajadi menumpukan kepada tahap estrogen yang rendah dan peransangan
ovari menggunakan herba-herba yang akan kita bincangkan di bawah.
Anda juga perlu melakukan ujian hormon anti-Mullerian (AMH). Level serum dalam ujian ini
menunjukkan jumlah folikel primordial yang masih tinggal dalam ovari anda. Ujian ini
mengukur tahap kemampuan ovari anda. Anda mungkin mempunyai jumlah telur yang
mencukupi namun disebabkan ketakseimbangan hormon ataupun masalah autoimun, ovari anda
tidak dapat berovulasi.
Namun, anda tidak perlu bimbang. Ini kerana masalah ini boleh diubati apabila ia telah dikesan.
Anda masih berpeluang untuk hamil.

RAWATAN SEMULAJADI UNTUK MASALAH KESUBURAN YANG DISEBABKAN
OLEH PCOS
A) Diet
- Elakkan daripada meminum kopi, alkohol, minuman berkarbonat, gula dan jus yang
mengandungi gula, dan makanan berkarbohidrat tinggi.
- Makan makanan yang tinggi protein setiap 3 jam bagi mengimbangkan gula dalam darah
anda.
- Elak daripada makanan trans fat, makanan segera dan semua makanan tinggi kandungan
bahan tambahan dan perasa.
- Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi
- Tingkatkan pengambilan whole grain, epal, pear, bubur. Anda hanya boleh memakan nasi
dan pasta 2 kali seminggu sahaja.
- Makan anggur, lemon dan limau nipis setiap hari untuk membantu sistem hati anda.
- Kurangkan pengambilan produk tenusu dan sumber haiwan kerana ia mengandungi
kandungan hormon yang tinggi, racun serangga dan racun sayuran yang diketahui akan menganggu sistem endokrin anda. Vegetarian dan diet yang tinggi kandungan fiber
adalah sangat baik untuk wanita yang mengalami masalah PCOS. Ini kerana, dalam
haiwan, mereka menghasilkan hormon mereka sendiri dan hormon ini akan didapati di
dalam daging dan juga susu walaupun haiwan-haiwan ini tidak diberi hormon sintetik.
Oleh itu lebih baik anda mengamalkan pemakanan vegetarian.
- Tingkatkan pengambilan bawang putih, halia dan cili merah untuk mengurangkan
masalah pelvik anda.
- Tingkatkan pengambilan makanan berserat bagi meningkatkan estrogen dan
mengurangkan kolesterol dalam usus anda

B) Gaya hidup
- Jika anda mepunyai kandungan lemak yang berlebihan di sekitar abdomen, anda perlu
berusaha untuk mengurangkan 10% daripada berat anda.
- Lakukan senaman secara berkala (lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak
lemak yang dihapuskan)
- Kurangkan stress dengan yoga, meditasi, senaman pernafasan, tidur selama 8 jam,
senaman berkala, lavender, lemon balm dan chamomile tea.
- Lakukan akupuntur dan pastikan ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah.
C) Suplemen
- Vitamin E : untuk menyuburkan telur dan membetulkan ketakseimbangan hormon dan
ovulasi
- Vitamin D: sentiasa ambil vitamin D bersama kalsium dan megnesium untuk meransang
pengovulan.


- Vitamin C: untuk menyubur dan melindungi telur serta untuk fungsi imun.
- Kalsium: untuk menyeimbangkan hormon
- Magnesium: untuk menghasilkan telur dan progesteron
- Kromium: untuk pengawalan insulin
- Zat besi: makan sebelum tidur ketika perut kosong. Ia bertujuan untuk fungsi imun,
keseimbangan hormon dan kesihatan telur.
- Vitamin B: untuk keseimbangan hormon, penghasilan progesteron, meransang ovulasi
dan menyuburkan telur anda.
- Selenium: menyokong fungsi umun, keseimbangan hormon, mengoptimakan fungsi tiroid
dan pengurangan insulin
- Iodin: untuk fungsi tiroid yang sihat
- Probiotik: untuk menguatkan sistem imun

D) Herba
- Vitex (Chaste tree)- memperbetulkan testosteron yang berlebihan dan meransang LH jika
sedikit.
- Black cohosh- mengurangkan LH yang tinggi
- Dong Quai dan False unicorn root – meningkatkan kandungan estrogen jika rendah
- Halia dan cili merah-menjaga kesihatan kawasan pelvik
- St. Mary’s Thistle and Dandelion – untuk menjaga fungsi hati


nota kaki:
serba sedikit tentang penghidap PCOS..aku nak share ngan geng TTC..hrp dpt menambahkan ilmu korang...info nie aku bkn copy dr mane2 page tp aku kene bayar utk dptkan info ni...tp utk korang, it's free..

3 comments:

  1. terima kasih ini sangat membantu saya dan mendorong saya untuk merawat PCOS. :D

    ReplyDelete
  2. Sy ade kemusykilan skt ni pasal pcos.mne tau kot2 ninie dpt mmbantu..sy ni telah cuba mndapatkan rawatan infertility ni dh hmpir 2 thn..sume test dah buat n tlh mnjalani iui 2kali.n nk proceed kali ketiga..sblum2 ni diagnosis doktor mslh kami hnya dtg dr sperm yg lemah..n spanjang sy wat rwtn ni,dh lbh 20+ kali kot sy wat tvs (scan vagina) n mmg xde mslh..sehingga la pd cycle bln ni di mana kami nk proceed 3rd iui..sblm ni hnya mkn chlomid tp this cycle kami try puregon..pd hr ke 12 wat tvs utk tntukaj iui blh proceed atau x, doktor dapati sy punya ovari terlalu byk telur tp x membesar..n doktor simply said that i am pcos..huhu sgt terkejut..sbbnye bila sy baca psl pcos kbyakan nye diagnosed pcos ni pd awl2 treatment dah nmpk.even kwn sy sndiri pn sama.tu lah kemusykilan sy,pcos ni mmg boleh tiba2 berlaku ke?hrp dpt bntu sy..huhu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info. Sgt membantu

    ReplyDelete

kawan2 yg ku syg comment